Dell XPS 13 Dengan Cip Intel Core Generasi Ke-7 Kini Di Malaysia

Dell XPS 13 Dengan Cip Intel Core Generasi Ke-7 Kini Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 17, 2016 oleh .

Bagi anda yang menantikan komputer riba Dell XPS 13 dengan cip Intel terkini, Dell Malaysia telah pun mula memasarkannya di Malaysia. Dell XPS 13 membawakan rekaan skrin dengan bingkai tepi yang sangat nipis, sekaligus menjadikan rekaannya lebih seksi berbanding dengan sejumlah komputer riba lain di pasaran.

Dell XPS 13

Buat masa ini, empat variasi Dell XPS 13 disediakan dengan binaan spesifikasi yang berbeza. Namun, dari segi cip pemprosesan, Dell menawarkan pilihan Intel Core i5-7200U dan juga Intel Core i7-7500U.

Versi paling asas hadir dengan skrin 13.3-inci FHD, memori 8GB RAM, ruangan storan 256GB SSD, dan dijana menggunakan cip Inel Core i5-7200U. Ia hadir dilengkapi Windows 10 Home, dan dijual pada harga RM5499. Model dengan spesifikasi sama, tetapi dengan cip Intel Core i7-7500U pula ditawarkan pada harga RM6399.

Sekiranya anda inginkan sokongan skrin sentuh dan resolusi QHD+, Dell menawarkan XPS 13 dengan spesifikasi Intel Core i7-7500U pada harga RM6899. Versi paling atas adalah dengan memori 16GB RAM, ruangan storan 512GB SSD, cip Intel Core i7-7500U dan sokongan skrin sentuh pada resolusi QHD+ pada harga RM7399.


TIPS & ULASAN