Cari @ Amanz

Tahun ini boleh dikatakan lebih meriah dengan pengumuman dron-dron baru yang pelbagai guna. Pada hari ini salah satu pengeluar dron ternama di pasaran iaitu Parrot telah mengumumkan kesediaan empat dron terkini untuk pasaran Malaysia.

Dron flagship yang dibawakan oleh Parrot adalah Disco FPV. Ia merupakan dron dengan bentuk unik, seakan kapal terbang bomber stealth dengan satu enjin kipas dibelakang. Siri FPV merupakan singkatan kepada First Person View, membolehkan pengguna melihat dari sudut pandang dron itu sendiri. Bagi mengawal dron Disco FPV, pengguna akan mengawalnya seakan kapal terbang kerana bentuknya tidak membenarkan pengapungan (hovering) dilakukan.

parrot-disco-fpv-img_4195 parrot-disco-fpv-img_4099 parrot-disco-fpv-img_4098

Dari segi spesifikasi, dengan pengecasan penuh ia boleh terbang selama 45 minit pada kelajuan 80km/j. Setiap set jualan ini akan didatangkan dengan pad kawalan dan terdapat aksesori kaca mata VR yang boleh digunakan dengan telefon pintar Android atau iOS untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik sewaktu menerbangkan Disco FPV. Video yang distrimkan pula adalah pada resolusi 720p dan rakaman pula pada resolusi 1080p. Ia akan dijual pada harga RM 6,999 termasuk pad pengawal Parrot Skycontroller 2 + dan juga kaca mata VR Parrot Cockpitglasses.

parrot-bebop-2-img_4105 parrot-bebop-2-fpv-img_4116

parrot-bebop-2-fpv-img_4121

Bagi kategori pertengahan, Parrot Bebop 2 FPV merupakan dron quadrotor yang turut menawarkan sudut pandang dari dron tersebut sendiri. Ia boleh terbang selama 25 minit dengan kelajuan maksimum 60km/j.Ia akan dijual pada harga pengenalan RM3,699 berbanding harga asal RM 4,199 yang menyertakan Parrot Bebop 2, kaca mata VR ParrotĀ Cockpitglasses serta pad kawalan Parrot Skycontroller 2 manakala terdapat pilihan harga RM1,999 yang menyertakan model terdahulu Parrot FPV Pack serta kaca mata VR Parrot Cockpitglasses dan Parrot Skycontroller 2.

parrot-swing-img_4186 parrot-swing-img_4187

Bagi anda yang inginkan kelainan dalam memiliki dron, Parrot Swing merupakan dron quadrotor dengan bentuk seakan-akan jet pejuang Star Wars X Fighter. Cara ia terbang juga sedikit berlainan, dimana dia perlu diletakkan secara menegak bagi melancarkannya, dan sewaktu ia terbang ia akan menukar paksinya sebanyak 90 darjah. Ia menggunakan konsep Vertical Take-off Landing (VTOL). Ia akan dijual pada harga RM 749.

parrot-mambo-img_4137 parrot-mambo-img_4172

Satu lagi penawaran menarik dari Parrot adalah Parrot Mambo yang merupakan dron quadrotor dan hadir pada saiz sebesar tapak tangan. Ia juga boleh diubahsuai dengan beberapa aksesori, dan boleh dipasangkan dengan penembak bebola kecil ataupun memasangkannya dengan pencengkam robotik. Pencengkam ini boleh mencengkam objek kecil seperti kiub gula. Ia akan dijual pada harga RM 649.

Kesemua dron dari Parrot ini boleh diperoleh di kedai-kedai yang menjualnya seperti Machines, Mac City, All IT, serta kedai hobi seperti Foto Flash.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd