Cari @ Amanz

Google hari ini telah mengadakan acara Google Play Time yang menghimpunkan sejumlah pembangun di rantau Asia Tenggara, sekaligus berkongsi beberapa perkara mengenai pembangunan aplikasi dan permainan yang diterbitkan melalui Google Play Store.

Berkongsi pengalaman bersama kami adalah enam orang pembangun, iaitu daripada Rubycell, Own Game, Kiragames, AppXplore, Altitude Games, dan juga Carousell.

Google PlayTime

Menurut mereka, salah satu sebab mengapa mereka untuk membangunkan aplikasi untuk platform Android adalah kerana angka penggunanya yang sangat ramai – meliputi lebih 80% peranti mudah-alih seluruh dunia. Ini sekaligus memberikan kelebihan untuk mencapai lebih ramai angka pengguna yang menggunakan aplikasi atau permainan yang diterbitkan oleh mereka.

Selain daripada itu, pembangun juga turut menekankan yang mana mereka boleh menerbitkan dan menawarkan kemaskini aplikasi lebih pantas pada Android berbanding dengan iOS yang kadang-kala memakan masa sehingga 2 minggu lamanya. Pembangun juga turut diberikan peluang untuk mengoptimasikan penawaran mengikut negara, termasuk dari segi harga jualan, terjemahan dan sebagainya.

Pihak Google sendiri dilihat menawarkan bantuan kepada para pembangun dengan menyediakan Android Studio yang mudah untuk dipelajari, selain memantau pelbagai data pada Dashboard – termasuk dari segi angka muat-turun, wang yang dijana dan sebagainya. Malah, kini dengan penawaran berasaskan Material Design, ia memudahkan pembangun mengoptimasikan aplikasi mereka untuk pelbagai saiz skrin dengan senang.

Salah seorang pembangun turut menekankan kemudahan untuk membalas komen dan berinteraksi dengan pengguna juga adalah salah satu kelebihan menarik pada Google Play Store.

Berkongsi lanjut, Google mengatakan hampir keseluruhan negara di rantau Asia Tenggara yang memperlihatkan peningkatan penggunaan aplikasi hampir dua kali ganda antara tahun 2014 hingga 2016. Ini sekaligus membawa kepada peningkatan para pembangun dari rantau ini yang turut hadir dengan pelbagai penawaran yang menarik dan digunakan pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd