Cari @ Amanz

Xiaomi agak aktif dalam memperkenalkan peranti baru pada tahun 2016 ini, dan terkini, mereka menjadualkan sebuah acara khusus pada minggu hadapan, dan bakal melancarkan peranti Xiaomi Mi Note 2 padanya.

Xiaomi Mi Note generasi pertama sebelum ini telah diperkenalkan pada awal 2015yang lepas, dan semestinya kemaskini untuk keluarga peranti berkenaan dinantikan ramai.

Xiaomi Mi Note

Xiaomi Mi Note 2 dijangka hadir dengan skrin melengkung kiri dan kanan, salah satu perkara yang telah dipopularkan oleh peranti Samsung. Disamping itu, tidak mustahil untuk kita melihat Xiaomi menawarkan penawaran dengan spesifikasi terkini, disamping beberapa ciri-ciri menarik melaluinya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Xiaomi melalui Mi Note 2 ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd