Kemaskini iOS 10.0.3 Menyelesaikan Masalah Mendapatkan Data Selular Pada iPhone 7

Kemaskini iOS 10.0.3 Menyelesaikan Masalah Mendapatkan Data Selular Pada iPhone 7

Diterbitkan pada Okt 18, 2016 oleh .

iPhone 7 dan 7 Plus baru sahaja memasuki pasaran Malaysia Jumaat lalu dan kami menemui satu masalah yang amat menjengkelkan. Peranti iPhone 7 Plus kami tidak mendapat sambungan data selular sebaik sahaja di luar rangkuman WiFi di pejabat. Akibatnya ia langsung tidak dapat melayari web. Ini hanya dapat diselesaikan dengan menekan butang Airplane Mode dan mematikan fungsi WiFi.

ios-10-0-3

Masalah ini akhirnya diselesaikan melalui kemas kini iOS 10.0.3 sebesar 76.7 MB yang boleh dimuat turun sejak malam tadi. Hari ini kami tidak lagi mengalami masalah yang sama. Masalah ini sebenarnya telah dialami pengguna di Amerika Syarikat sejak penghujung bulan September lalu. Pengguna Malaysia bernasib baik kerana hanya perlu menanti tiga hari untuk Apple memperbaikinya.


TIPS & ULASAN