iPhone Di Bilik Pameran Apple Store London Tidak Lagi Diikat Dengan Sistem Anti Kecurian

iPhone Di Bilik Pameran Apple Store London Tidak Lagi Diikat Dengan Sistem Anti Kecurian

Diterbitkan pada Okt 18, 2016 oleh .

Apabila ke kedai menjual peranti perkara yang biasa dilihat ialah peranti yang diikat dengan sistem keselamatan. Sekiranya sistem ini ditanggalkan penggera akan berbunyi dan ini amat membingitkan. Masalah sistem keselamatan berwayar ini ialah ia menyukarkan pengguna untuk benar-benar memegang peranti. Apple menyedari masalah ini dan tidak lagi menggunakan sistem keselamatan anti kecurian bertali di Apple Store yang terletak di Regent Street, London.

apple-store-sekuriti-london-2

Peranti diletakkan di atas alat pengecas dan pelanggan Apple Store bebas mencubanya tanpa sebarang halangan. Menurut Apple dengan sistem baru ini pelanggan boleh memegang peranti dengan lebih selesa, mencuba memasukkannya ke dalam poket dan memasang pilihan kerangka iPhone yang ditawarkan di dalam kedai.

Jadi adakah Apple tidak takut peranti yang bernilai ribuan ringgit mereka dicuri? Sistem keselamatan dalam bentuk perisian digunakan pada kesemua peranti demo termasuk iPad, iMac dan MacBook. Perisian khas akan terus terkunci sekiranya ia tidak lagi di dalam liputan WiFi Apple Store ini. Selagi bateri masih ada ia akan menunjukkan kedudukan GPS bagi membolehkan ia dikesan. Sekiranya pencuri menghidupkannya semula, ia tidak lagi boleh digunakan kerana penggunaan perisian khas anti kecurian. Apa yang ada hanyalah iPhone yang telah terkunci selama-lamanya dan tidak lagi berharga.

Apple bercadang menggunakan sistem yang sama di Apple Store di seluruh dunia. Apple Store Regent Street akan menjadi medan uji kaji kebolehgunaan sistem keselamatan baru ini di dunia sebenar.


TIPS & ULASAN