Samsung Australia Membuka Kaunter Pulangan Wang Pemilik Note 7 Di Lapangan Terbang

Samsung Australia Membuka Kaunter Pulangan Wang Pemilik Note 7 Di Lapangan Terbang

Diterbitkan pada Okt 18, 2016 oleh .

Samsung Galaxy Note 7, ialah phablet terbaik pernah kami gunakan sepanjang 2016 tetapi kini tidak lagi mampu dimiliki kerana masalah letupan bateri. Proses pemulangan semula peranti dan wang pelanggan telah dimulakan oleh Samsung di beberapa negara tertentu. Oleh itu masih ada sebilangan pengguna yang memperjudikan nasib mereka dengan terus menggunakan Note 7 walaupun selepas Samsung menyeru ia dihentikan dengan serta merta.

Oleh sebab itu beberapa syarikat penerbangan utama mula mengharamkan penumpang membawa masuk peranti ini ke dalam pesawat. Kegagalan mengikuti arahan akan menyebabkan mereka dihalang dari memasuki pesawat. Samsung Australia melakukan langkah proaktif dengan membuka kaunter pertukaran peranti dan pemulangan wang di lapangan terbang Sydney, Melbourne, Canberra, Adelaide, Perth dan Gold Coast.

Dengan adanya kaunter ini pelanggan tidak perlu risau tiket dibatalkan kerana enggan meninggal peranti mereka di luar pintu pelepasan. Kepada pembaca Amanz yang masih berdegil dan terus menggunakan peranti ini kami juga menasihatkan anda supaya mementingkan keselamatan. Sila baca artikel 7 Peranti Alternatif Note 7 bagi mencari pengganti phablet anda.


TIPS & ULASAN