Razer Mengambil-Alih Syarikat Audio Visual Terkemuka THX

Razer Mengambil-Alih Syarikat Audio Visual Terkemuka THX

Diterbitkan pada Okt 18, 2016 oleh .

Razer ialah nama besar di dalam pengeluaran aksesori komputer. Tetikus, papan kekunci dan fon kepala keluaran mereka digunakan oleh atlet e-sukan ternama. Mereka juga menghasilkan komputer riba mensasarkan golong pemain komputer tegar. Kini mereka memasuki arena penghasilan pensijilan audio setelah mengambil alih syarikat audio terkemuka THX.

Berapakah nilai yang dibayar oleh Razer untuk mengambil alih tidak diumumkan. THX diasaskan oleh George Lucas pada tahun 1983 kerana tidak berpuas hati dengan adunan runut bunyi filem beliau pada waktu tersebut. Kesemua filem Star Wars selepas itu menggunakan sistem audio THX. Nama THX itu sendiri diambil dari filem THX 1138 yang merupakan filem pertama yang diarahkan oleh beliau.

Bagi kebanyakkan pengguna, mungkin anda pernah melihat penggunaan jenama THX ketika menonton filem di pawagam. Selain pada pawagam, mereka juga turut telah memperluaskan penawaran kepada arena konsert langsung dan sebagainya.

Kini, dengan pengambil-alihan oleh Razer, tidak mustahil untuk kita melihatnya turut diintegrasikan dalam arena permainan video dan realiti-maya.

Walaupun diambil-alih oleh Razer, syarikat THX akan terus beroperasi secara bebas, dan turut akan mengambil pelbagai projek luar seperti sebelum-sebelum ini. Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.


TIPS & ULASAN