(Ura-Ura) Apple Mungkin Membuang Port USB Biasa Pada MacBook Pro

(Ura-Ura) Apple Mungkin Membuang Port USB Biasa Pada MacBook Pro

Diterbitkan pada Okt 18, 2016 oleh .

Apple sebelum ini telah membuang bicu audio pada telefon pintar mereka, dan kini desas-desus baru hadir mengatakan Apple mungkin tidak akan menyertakan port USB 3.0 dan juga Magsafe pada Macbook generasi baru.

Macbook

Sebaliknya, Macbook Pro hanya akan menyertakan port untuk USB Type C dan juga Thunderbolt 3 sahaja. Sekiranya benar, maka ia akan beroperasi lebih kurang seperti Macbook 12-inci yang telah diperkenalkan sebelum ini dimana pengguna membuat pengecasan menggunakan USB-C, selain menghubungkan aksesori lain melalui port serupa Thunderbolt 3.

Menurut laporan sama, ia dikatakan Apple akan memperkenalkan Macbook Pro bersaiz 15.4-inci dan 13.3-inci kelak pada bulan ini, selain mungkin menamatkan Macbook Air 11-inci.

Sebelum ini, kita turut telah mendengar desas-desus mengenai Macbook Pro yang akan menyertakan sebuah bar sentuh berasaskan OLED yang memudahkan beberapa kawalan di bahagian atas papan kekunci.


TIPS & ULASAN