Carian
Gameloft Bakal Hadir Dengan Permainan Lumba Kereta Asphalt Xtreme Tidak Lama Lagi
October 18, 2016 Aman

Gameloft merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena permainan mudah-alih. Salah satu siri permainan popular yang diterbitkan mereka adalah Asphalt, iaitu permainan lumba kereta yang dioptimasikan untuk skrin telefon pintar.

Terkini, mereka telah hadir dengan beberapa teaser untuk permainan Asphalt terbaru mereka, iaitu Asphalt Xtreme.

Asphalt Xtreme

Daripada teaser yang diterbitkan, ia dilihat akan menawarkan permainan dan perlumbaan di luar jalan-raya, termasuk di beberapa lokasi popular seperti Thailand, Mesir, Gurun Gobi dan sebagainya. Sebanyak 35 kenderaan menarik akan ditawarkan melalui permainan ini, yang mana bakal hadir untuk Android, iOS dan juga Windows 10 Mobile.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-daftar untuk Asphalt Xtreme dan mendapatkan beberapa ganjaran menarik untuk pendaftaran awal. Buat masa ini, tarikh pelancaran akhirnya masih belum diketahui lagi.

Komen