Carian
Red Dead Redemption 2 Diumumkan Rockstar – Akan Hadir Pada 2017
October 19, 2016 Aman

Selepas beberapa teaser sebelum ini, kini Rockstar Games melalui laman Facebook mereka telah pun mengumumkan permainan Red Dead Redemption 2 secara rasminya, sekaligus mengesahkan kewujudan permainan berkenaan. Menurut Rockstar Games, mereka akan melancarkan ia pada 2017 kelak untuk konsol PlayStation 4 dan juga Xbox One.

Red Dead Redemption 2

Kepada yang kurang arif dengan siri Red Dead, ia pertama kali muncul pada PlayStation 2 pada tahun 2004 dengan nama Red Dead Revolver. Read Dead Redemption muncul pada tahun 2010 dan selepas enam tahun sambungan cerita koboi ini sudah lama dinantikan.

Permainan Red Dead Redemption 2 ini juga dilihat akan menyertakan sokongan multiplayer. Pihak Rockstar dijangka akan menerbitkan trailer pertama untuk permainan ini pada 20 Oktober 2016 ini.

Komen