Chrome Canary Kini Turut Ditawarkan Untuk Android – Membolehkan Anda Menguji Fungsi Baru Lebih Awal

Chrome Canary Kini Turut Ditawarkan Untuk Android – Membolehkan Anda Menguji Fungsi Baru Lebih Awal

Diterbitkan pada Okt 19, 2016 oleh .

Chrome untuk Android mempunyai beberapa saluran pembangunan, iaitu Chrome Beta dan juga Chrome Dev. Terkini, satu lagi saluran baru ditambah, iaitu Chrome Canary – yang mana merupakan saluran pembangunan terawal sebelum ia dibawa kepada saluran Dev dan Beta.

Ia sebelum ini hanya ditawarkan untuk pengguna Windows dan Mac sahaja, tetapi hari ini Google turut telah mula menawarkan ia untuk Android.

Samsung Galaxy note 7

Untuk makluman, memandangkan Chrome Canary ini adalah versi pembangunan yang sangat awal untuk versi baru pelayar web berkenaan, maka ia tidak begitu stabil dan mempunyai sejumlah pepijat yang tidak diketahui.

Google menawarkan versi pembangunan awal ini untuk bagi membolehkan para pembangun mengujinya terlebih dahulu dan memberikan maklumbalas mengenainya. Memandangkan ia versi pembangunan terawal, maka kemaskini untuknya akan ditawarkan pada setiap hari bekerja – dan turut akan diperlanjutkan untuk penghujung minggu pada versi akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Chrome Canary ini untuk Android, dan mencuba pelbagai perkara baru jauh berbulan sebelum pengguna lain menerimanya.

Muat-Turun Chrome Canary untuk Android


TIPS & ULASAN