Facebook Kini Membolehkan Anda Menjadualkan Siaran Langsung Melalui Facebook Live

Facebook Kini Membolehkan Anda Menjadualkan Siaran Langsung Melalui Facebook Live

Diterbitkan pada Okt 19, 2016 oleh .

Facebook Live merupakan salah satu fungsi yang digunakan meluas oleh pelbagai jenama, penerbitan mahupun individu persendirian dalam membolehkan mereka berkongsi pelbagai perkara terus kepada penonton. Namun, salah satu perkara yang agak sukar sehingga kini adalah kebolehan menjadualkannya terlebih dahulu dan memberitahu rakan-rakan lain.

Kini, Facebook mengatasi perkara berkenaan, dan telah memperkenalkan fungsi menjadualkan Facebook Live kepada sejumlah Facebook Page yang disahkan.

Facebook Live

Facebook sendiri menekankan, yang mana melalui penyertaan fungsi ini, pengguna akan lebih bersedia untuk sesuatu siaran, dan menyertainya sebaik sahaja waktu yang dijadualkan hadir.

Disamping itu, Facebook turut menambah sokongan lobi untuk pra-siaran – bagi membolehkan pengguna lain untuk menyertainya sebelum sesuatu siaran bermula. Perkara ini membolehkan seorang pengguna berinteraksi dengan pengguna lain sebelum siaran Facebook Live tersebut bermula.

Facebook akan memperkenalkan fungsi ini untuk Page yang disahkan terlebih dahulu, dan akan diperkenalkan untuk semua dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN