Qualcomm Snapdragon X50 – Modem 5G Yang Bakal Diintegrasikan Pada Peranti Seawal 2018

Qualcomm Snapdragon X50 – Modem 5G Yang Bakal Diintegrasikan Pada Peranti Seawal 2018

Diterbitkan pada Okt 19, 2016 oleh .

Qualcomm telah membuat pengumuman beberapa produk baru mereka, termasuk cip Snapdragon 653, 626 dan 427. Bersama-sama dengannya juga, Qualcomm membuat kejutan dengan mengumumkan modem 5G pertama mereka, iaitu Snapdragon X50.

Melalui Snapdragon X50, ia bakal menyokong kadar muat-turun sehingga 5Gbps, dan dijangka digunakan pada peranti seawal pertengahan pertama 2018 kelak.

Qualcomm Snapdragon X50

Qualcomm menyasarkan tahun 2018 untuk pengenalannya, memandangkan piawaian akhir untuk rangkaian 5G turut dijangka diperkenalkan ketika itu. Lanjutan daripadanya, pelbagai syarikat telekomunikasi dan pengeluar peranti akan memerlukan modem 5G untuk menguji rangkaian, dan Qualcomm dapat membantu dalam arena berkenaan.

Seperti masa kini, modem ini turut menyokong peralihan daripada rangkaian 5G kepada 4G LTE tanpa memberikan impak besar kepada pengguna. Dengan kelajuan 5G ini, ia secara tidak langsung akan memudahkan penggunaan pelbagai fail di awan dengan mudah pada peranti mudah-alih, lebih kurang seumpama berada pada peranti tersebut sendiri.

Pengenalan modem ini juga secara tidak langsung akan membawa perlumbaan peralihan kepada rangkaian 5G lebih pantas lagi berbanding sebelum ini. Dan dengan pelbagai pengeluar peranti yang bersaing mengintegrasikan ciri-ciri terkini pada peranti keluaran mereka, tidak mustahil kita melihat beberapa peranti mudah-alih dengan sokongan 5G hadir pada 2018 kelak.


TIPS & ULASAN