Cari @ Amanz

Dua tahun lalu dengan rezeki tuhan saya dianugerahkan seorang puteri yang comel. Lapan bulan pertama menjadi seorang bapa amat mencabar kerana pelbagai kerenah bayi harus dilayan. Siapa yang pernah menjadi ibu bapa akan mengakui menidurkan anak adalah antara cabaran paling getir yang mereka alami di dalam tahun pertama. Kadang kala anak yang sudah didodoi selama sejam sehingga tertidur akan bangun semula kerana terdengar bunyi bersih. Snoo ialah katil bayi pintar yang menidurkan semula si kecil yang terbangun.

Snoo mempunyai sistem audio dan mendodoi terbina. Ia akan sentiasa mengesan bunyi bayi menangis. Apabila ini berlaku ia akan mendodoi bayi secara automatik dan memasang bunyi seperti di dalam rahim ibu sehinggalah bayi berhenti menangis. Snoo dihasilkan oleh Dr. Harvey Karp dan pereka ternama Yves Béhar dengan bantuan MIT Media Labs. Selepas lima tahun dalam pembangunan ia kini boleh dibeli pada harga $1160 (~RM 4863) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd