Rekaan Peranti Misteri Moto Tertiris – Mungkinkah Moto X
Artikel Berkaitan

Rekaan Peranti Misteri Moto Tertiris – Mungkinkah Moto X

Diterbitkan pada Okt 19, 2016 oleh .

Sejak diambil alih oleh Lenovo, peranti Moto jarang sekali dilihat di Malaysia. Moto X 2015 yang dijanjikan batal dijual di Malaysia hujung tahun lalu sehingga kini tidak kelihatan. Kini ramai yang menantikan kemunculan Lenovo Moto Z dan Z Play dengan sistem modular Moto Mods. Hari ini rekaan sebuah peranti misteri tertiris dan dari apa yang dilihat ia mungkin Moto X terbaru.

moto-x-2016-leak-1

Andaian dilakukan kerana tiada pengimbas cap jari berbentuk segi empat seperti yang wujud pada Moto Z. Sistem audio stereo pada bahagian hadapan nampaknya dikembalikan. Hanya imej panel hadapan tertiris buat masa ini. Kepada peminat Moto ini pastinya mengujakan. Rekaan Moto Z pada hemat kami adalah sedikit aneh kerana rekaan pengimbas cap jari berbentuk kotaknya.


TIPS & ULASAN