Tablet Honor Media Pad 2 Dan Pengesan Kesihatan Honor S1 Dilancarkan Di China

Tablet Honor Media Pad 2 Dan Pengesan Kesihatan Honor S1 Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada Okt 19, 2016 oleh .

Selain Honor 6X, dua lagi peranti baru dilancarkan di pasaran China semalam oleh Honor. Pertama sekali ialah tablet Honor Media Pad 2. Tablet Android Marshmallow ini dilengkapi skrin 8″ (1200 x 1920 pixel), pemproses Snapdragon 616, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 16/32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 8-Megapixel dengan flash dan kamera selfie sebesar 2-Megapixel. Sebuah bateri 4800 mAh membekalkan kuasa kepada tablet ini. Terdapat pilihan model WiFi dan juga selular yang boleh menyokong panggilan telefon.

honor-media-pad-2-2Pengesan kesihatan Honor S1 pula dilengkapi skrin berbentuk bulat. Ia dilaporkan kalis air sehingga 50 meter. Turut disertakan ialah pengesan nadi dan pedometer. Honor mendakwa S1 mampu bertahan selama enam hari sebelum perlu dicas semula.

Harga jualan bagi Honor Media Pad 2 bermula dari RMB 999 (~RM 622)  manakala untuk Honor S1 pula RMB 699 (~RM 435). Kedua-dua peranti akan hanya dijual bermula 25 Oktober hadapan di China buat masa ini.

honor-s1-1


TIPS & ULASAN