Cari @ Amanz

Pengumuman penggunaan “kad pemandu” oleh pemandu Grab dan Uber dilakukan oleh pengerusi SPADĀ  Tan Sri Syed Hamid Albar Julai. Ini ialah antara syarat yang perlu diikuti oleh pemandu perkhidmatan perkongsian kereta sebelum dibenarkan beroperasi secara sah. Menurut laporan The Malay Mail Online, penggunaan kad pemandu ini akan diwajibkan bermula tahun hadapan.

UberKad pemandu hanya akan laku selama setahun dan pembaharuannya hanya akan dilakukan selepas kenderaan menjalani proses pemeriksaan menyeluruh. Penggunaan kad ini adalah bagi memantau lebih 30000 pemandu yang beroperasi di bawah sistem Uber dan Grab di seluruh negara.

Kepada pemandu teksi yang kini berpindah kepada dua perkhidmatan ini, mereka turut perlu memohon kad yang sama untuk beroperasi. Industri teksi kini dilaporkan semakin tenat dengan laporan The Star mengatakan 10000 pemandu sudah memulangkan teksi mereka setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd