Acer Swift 3 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 2899

Acer Swift 3 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 2899

Diterbitkan pada Okt 19, 2016 oleh .

Acer Swift 3 diumumkan secara rasmi pada acara IFA Berlin bulan lalu. Ia kini boleh dimiliki oleh pengguna di Malaysia pada harga RM2899 sebuah. Komputer riba ini dilengkapi skrin 14″, pemproses Intel Core i5 , RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 256 Gigagyte SSD. Bateri yang dibekalkan mampu memberikan waktu penggunaan sehingga 10 jam menurut Acer. Kesemuanya dimuatkan ke dalam kerangka setebal 17.95 mm dan seberat 1.5 kilogram.

acer-swift-3Selain daripada itu  Swift 3 turut dilengkapi sistem imbasan cap jari terbina yang menyokong sistem Windows Hello. Dua buah port USB-A disertakan dan begitu juga dengan sebuah port USB-C. Bagi yang memerlukan output video, sebuah port HDMI terletak pada sisi kiri Swift 3. Di Malaysia dua pilihan warna diberikan iaitu perak ataupun emas.

acer-swift-3-3


TIPS & ULASAN