Watch Dogs 2 PC Akan Mengalami Kelewatan – Spesifikasi PC Kini Diketahui

Watch Dogs 2 PC Akan Mengalami Kelewatan – Spesifikasi PC Kini Diketahui

Diterbitkan pada Okt 19, 2016 oleh .

Kelewatan permainan yang sudah lama dinantikan bukanlah berita yang ingin kita dengari. Tetapi Ubisoft sudah mengesahkan Watch Dogs 2 versi tidak akan hadir serentak dengan edisi konsol pada 15 November hadapan. Sebaliknya ia ditangguhkan ke 29 November bagi memastikan produk dapat dijual tanpa sebarang masalah besar. Berita penangguhan ini hadir pada waktu yang sama spesifikasi PC diumumkan. Seperti yang anda boleh lihat sendiri ia tidak berapa membunuh.

Watch Dogs 2Versi PC mempunyai beberapa kelebihan berbanding konsol. Ia menyokong tekstur berkualiti tinggi untuk permainan pada resolusi 4K. Sokongan untuk SLI serta Crossfire disertakan pada hari pertama. Bagi yang tidak mahu bermain menggunakan tetikus dan papan kekunci, anda boleh memainkannya menggunakan pengawal permainan konsol Xbox One serta PlayStation 4. Akhir sekali tiada had FPS akan dikenakan. Bagi yang mahu merasakan diri seperti penggodam sebenar, Watch Dogs 2 PC boleh dimainkan menggunakan lebih daripada satu monitor serentak.

Spesifikasi Watch Dogs 2
Pemproses Paling Minimum Intel Core i5-2400S @ 2.5 GHz

AMD FX 6120 @ 3.5 GHz

Pemproses Disarankan Intel Core i5-3470 @ 3.2 GHz

AMD FX 8120 @ 3.9 GHz

Kad Grafik Paling Minimum Nvidia GeForce GTX 660 (2GB)

AMD Radeon HD 7870 (2GB)

Kad Grafik Disarankan NVIDIA GeForce GTX 780 (3GB)

NVIDIA GeForce GTX 970 (4GB)

NVIDIA GeForce GTX 1060 (3GB)

AMD Radeon R9 290 (4GB) or better

RAM Paling Minimum 6 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 50 GB
Sistem Operasi Windows 7 64bit / 8.1 64bit / 10 64bit

TIPS & ULASAN