Cari @ Amanz

Pada bulan lepas, Samsung telah memperkenalkan Galaxy Tab A 2016 untuk pasaran Korea Selatan, dan kini peranti sama turut diumumkan untuk pasaran tempatan. Menjadi sedikit kelainan tablet ini berbanding yang lain adalah penyertaan S-Pen.

Galaxy Tab A 2016

Dengan integrasi S-Pen ini, ia menawarkan beberapa fungsi selain hanya menulis dan melakar, iaitu termasuk membuat animasi GIF, serta menulis pada fail PDF.

Pengguna turut boleh menggunakan aplikasi Side Sync pada tablet ini bagi mengintegrasikan bersama telefon pintar, dan mengakses pelbagai aplikasi dan kandungan pada telefon pintar terus pada skrin tablet.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 10.1-inci dengan resolusi 1920×1200 pixel, dilengkapi cip lapan-teras 1.6GHz, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB, dan kamera utama 16-megapixel.

Di Malaysia, tablet ini telah mula dijual pada harga RM1599.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd