Carian Google Kini Turut Mengintegrasikan Data Untuk Perjalanan Menggunakan Uber Atau Grab

Carian Google Kini Turut Mengintegrasikan Data Untuk Perjalanan Menggunakan Uber Atau Grab

Diterbitkan pada Okt 19, 2016 oleh .

Google sebelum ini telah mengintegrasikan data Uber dan Grab pada Google Maps, sekaligus memudahkan para pengguna membuat tempahan perkhidmatan Uber atau Grab ke destinasi yang dituju dengan mudah. Kini, hari ini sokongan sama turut diperluaskan ke carian Google.

Google Search

Kini, pengguna boleh membuat carian ke destinasi melalui Google Search, dan keputusan carian berkenaan turut akan mengintegrasikan data daripada Uber dan Grab. Pengguna seterusnya boleh membuat anggaran dan membandingkan kos perjalanan menggunakan Uber atau Grab untuk ke sesuatu destinasi yang dituju.

Sokongan baru ini terus memudahkan para pengguna, dan pada masa yang sama membolehkan anda membuat keputusan dalam memilih perkhidmatan yang lebih menjimatkan masa dan wang anda ke sesuatu destinasi.


TIPS & ULASAN