Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Windows Essentials Selepas Januari 2017

Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Windows Essentials Selepas Januari 2017

Diterbitkan pada Okt 19, 2016 oleh .

Windows Essentials merupakan koleksi perisian popular daripada Microsoft yang digunakan ramai untuk beberapa fungsi khusus. Melaluinya, ia menawarkan perisian Photo Gallery, Movie Maker, Mail, dan juga Live Writer.

Namun, kini memandangkan kebanyakkannya telah diterbitkan pada Windows Store, Microsoft melihat ia tidak diperlukan lagi. Terkini, halaman Windows Essentials telah pun dikemaskini, dan menyatakan mereka akan menamatkan sokongan untuk Windows Essentials 2012 selepas 10 Januari 2017 kelak.

Windows Essentials

Sebagai alternatif, Microsoft menyatakan sejumlah perisian iaitu Mail, Photos, Family Safety dan One Drive telah hadir terbina pada Windows 8.1, sementara Movie Maker pula dikatakan akan diterbitkan Windows Store tidak lama lagi. Bagi anda yang memerlukan Live Writer pula, anda boleh mendapatkan versi sumber terbuka untuknya yang sedia dimuat-turun.

Selepas tarikh 10 Januari 2017 kelak, perisian ini tidak lagi akan ditawarkan untuk muat-turun, dan pengguna tidak akan menerima sebarang kemaskini perisian atau sekuriti untuknya lagi – selain beralih kepada versi Windows 8.1.


TIPS & ULASAN