Cari @ Amanz

Semalam, kita telah mendengar mengenai pihak Apple yang dalam perbincangan untuk menggunakan papan kekunci e-ink pada komputer riba Macbook mereka. Lanjutan daripadanya, kini, WSJ melaporkan Apple mungkin hadir dengan komputer riba seumpamanya seawal 2018 kelak.

Buat masa ini, kami masih mengkategorikan perkara ini sebagai ura-ura sahaja, tetapi tidak mustahil ia direalisasikan.

Melalui penggunaan papan kekunci berasaskan e-ink, ia akan membolehkan para pengguna Mac untuk mengubah setiap butang mengikut kegemaran mereka – malah menggunakan sebarang abjad mahupun emoji pada papan kekunci.

Apple dijangka mengambil langkah pertama untuk mendigitalkan papan kekunci pada minggu hadapan melalui Macbook Pro baru yang dijangka akan menyertakan sebarang paparan OLED, membolehkan pengguna melihat beberapa info dan akses pantas untuk sesuatu perkara.

Sekiranya ura-ura dan desas-desus ini adalah benar, maka kita akan melihat revolusi baru pada arena komputer riba dalam masa dua tahun akan datang. Bagi anda sendiri, apakah kata anda berkenaan penggunaan papan kekunci berasaskan e-ink ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd