Carian
Malwarebytes Mengambil-Alih AdwCleaner – Mengukuhkan Penawaran Perisian Sekuriti
October 20, 2016 Aman

Malwarebytes merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perisian sekuriti dan mengatasi pelbagai masalah berkaitan adware dan sebagainya. Terkini, mereka telah mengambil-alih satu lagi perisian popular dalam arena sama, iaitu AdwCleaner.

AdwCleaner

AdwCleaner merupakan salah satu perisian popular yang membantu pengguna membuang program yang tidak dikehendaki – terutamanya toolbar dengan mudah. Perisian ini sahaja dikatakan telah terpasang lebih 200 juta kali, dan mengatasi pelbagai masalah bloatware dan juga adware.

Walaupun mengambil-alih, pihak Malwarebytes akan mengekalkan penjenamaan AdwCleaner buat masa ini. Pengambil-alihan ini juga turut akan mengukuhkan pasukan sekuriti disebalik Malwarebytes, selain terus mengukuhkan jenama mereka dalam arena sekuriti.

Seperti biasa, kedua-dua syarikat tidak mengumumkan nilai transaksi yang terlibat dalam pengambil-alihan ini.

Komen