Rasmi : Apple Menjadualkan Acara Khas Minggu Hadapan Untuk Memperkenalkan Produk Baru

Rasmi : Apple Menjadualkan Acara Khas Minggu Hadapan Untuk Memperkenalkan Produk Baru

Diterbitkan pada Okt 20, 2016 oleh .

Seperti diperkatakan semalam, hari ini Apple telah mula menghantar jemputan untuk media antarabangsa, disamping turut mengaktifkan halaman acara khusus untuk minggu hadapan – dimana mereka dijangka akan memperkenalkan komputer riba generasi baru mereka.

Apple Hello Again

Apple menggunakan slogan “Hello Again” yang memberikan petanda kepada pengenalan Mac, dan ia akan diadakan pada 27 Oktober 2016 (waktu tempatan 28 Oktober 2016).

Menurut desas-desus sebelum ini, Apple dijangka mengumumkan Macbook Pro baru dengan integrasi bar OLED pada bahagian papan kekunci untuk beberapa fungsi khusus, selain mungkin membuang pelbagai port USB. Apple turut dijangka memperkenalkan kemaskini untuk Macbook Air, dan mungkin menamatkan model 11-inci.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung di Amanz.


TIPS & ULASAN