Nintendo NX Akan Dilancarkan Hari Ini

Nintendo NX Akan Dilancarkan Hari Ini

Diterbitkan pada Okt 20, 2016 oleh .

Famicom ialah konsol pertama Nintendo yang kami miliki. Konsol legenda ini membuatkan kami jatuh cinta kepada Mario, Zelda dan Metroid. Sungguhpun begitu kali terakhir kami membeli konsol Nintendo ialah N64. Permainan yang wujud pada konsol Nintendo adalah keanak-anakan dan tidak lagi menarik perhatian kami. Sungguhpun begitu masih terdapat jutaan peminat setia yang menantikan konsol terkini mereka Nintendo NX. Penantian akan berakhir apabila ia diumumkan secara rasmi hari ini.

Konsol terkini ini berkemampuan menjadi antara konsol yang terunik di dalam sejarah permainan komputer. Dari beberapa maklumat yang tertiris, pengawal permainan NX akan mempunyai skrin sesentuh dan apabila ditanggalkan boleh berfungsi sebagai platform permainan mudah alih seperti Nintendo DS. Gabungan platform mudah alih dan konsol tidak pernah dilakukan sebelum ini. Nintendo menggunakan sistem hibrid kerana menyedari terdapat ratusan juta peminat permainan komputer yang menghabiskan masa bermain aplikasi permainan pada peranti pintar mereka. Ia turut dijangka menggunakan sistem katrij dan bukannya cakera optik.

Rekaan sebenar dan spesifikasi Nintendo NX akan akhirnya diketahui. Kami amat teruja dengan apa yang bakal diumumkan. Berapa ramaikah di antara pembaca Amanz yang turut teruja?


TIPS & ULASAN