Peranti Oppo R9S dan R9S Plus yang dilancarkan malam semalam dilengkapi RAM sehingga 6 Gigabyte. Ini mungkin akan menjadi standard biasa peranti Android pada tahun 2017. Saiz RAM yang besar dikatakan mampu melancarkan penggunaan peranti dengan lebih banyak aplikasi dapat dilancarkan dengan serentak.
Kebergantungan kita kepada peranti pintar (3 dari 5 rakyat Malaysia mengakui tidak boleh hidup tanpanya) memaksa pengeluar untuk menghasilkan peranti lebih berkuasa. Oleh itu Samsung sudah mula menghasilkan RAM sebesar 8 Gigabyte untuk peranti pintar.
RAM 8 Gigabyte LDDDR4 dihasilkan bagi memenuhi keperluan peranti masa hadapan yang dilengkapi sistem dwi-kamera, merakam/memainkan video 4K dan memaparkan kandungan realiti maya. Teknologi 10 nm sekali lagi digunakan bagi menghasilkan modul RAM yang hanya mempunyai saiz fizikal 15 x 5 x 1 mm. Adakah ini modul RAM yang bakal digunakan untuk Samsung Galaxy S8 kelak?