Twitter Menguji Paparan Balasan Tweet Yang Menyembunyikan Nama Pengguna

Twitter Menguji Paparan Balasan Tweet Yang Menyembunyikan Nama Pengguna

Diterbitkan pada Okt 20, 2016 oleh .

Twitter sebelum ini telah mengemaskini perkhidmatan sosial mereka dengan tidak lagi mengira pautan dan penyertaan gambar dalam had aksara. Terkini, Twitter dilihat sedang menguji Tweet yang menyembunyikan tweethandle apabila seseorang membalas Tweet pengguna lain.

Twitter Alpha Reply

Ujian ini dilihat sedang dilakukan oleh Twitter pada aplikasi alfa untuk Android. Daripada pengamatan dan ujian kami, ia dilihat tidak lagi memaparkan tweethandle apabila anda membalas tweet pengguna lain, ataupun apabila anda menerima tweet. Namun, ia disusun pada bahagian Mention, selain digabungkan melalui penggunaan garisan pada bahagian tepinya.

Bagi kami sendiri, ia sedikit mengelirukan untuk beberapa ketika – terutamanya pada garis masa utama Twitter pada aplikasi.

Buat masa ini, ia sekadar ujian sahaja, dan mungkin Twitter ingin mengumpulkan maklumbalas terlebih dahulu sebelum ia diperkenalkan.

Twitter Alpha Reply


TIPS & ULASAN