LG V20 diumumkan pada September yang lalu. Ia adalah peranti unik dengan penggunaan dwi kamera dan dwi-skrin. Peranti utama ini hanya mula dijual di beberapa pasaran terpilih dunia minggu ini. Di Jepun LG baru sahaja melancarkan LG Isai Beat V34 yang dikatakan V20 versi kompak.
Perbezaan pertama ialah skrin 5.2″ berbanding 5.7″ yang digunakan pada V20. Sistem dwi-skrin yang sama dikekalkan. Pemproses Snapdragon 820, RAM 4 Gigabyte dan menggunakan Android Nougat. Sistem dwi-kamera 16 + 8 Megapixel digabungkan dengan kamera selfie 5-Megapixel. Kerana saiz yang lebih kecil ia kini dilengkapi bateri sebesar 3000 mAh. Menarik sekali ia kini kalis air IPX5 / IPX7 tidak seperti LG V20 yang langsung tidak mempunyai sebarang kemampuan kalis air. Tidak diketahui sama ada LG V34 ini akan dijual di luar pasaran Jepun buat masa ini.