Google Mula Menawarkan Android 7.1 Developer Preview Untuk Nexus 6P Dan 5X

Google Mula Menawarkan Android 7.1 Developer Preview Untuk Nexus 6P Dan 5X

Diterbitkan pada Okt 20, 2016 oleh .

Google hari ini telah mula menawarkan Android 7.1 Developer Preview untuk dua peranti Nexus terkini, iaitu Nexus 6P dan juga Nexus 5X – sekaligus membolehkan para pembangun dan pengguna peranti berkenaan menguji terlebih dahulu sistem operasi terbaru berkenaan.

Nougat

Android 7.1 Developer Preview ini menyertakan sejumlah fungsi baru, termasuk sokongan papan kekunci bergambar, App-Shortcuts, selain kemaskini untuk sejumlah fungsi lain.

Untuk makluman, Android 7.1 sedia disertakan pada peranti Pixel keluaran Google sebelum ini, dan kini ia turut ditawarkan untuk para pembangun.

Bagi mendapatkannya, anda hanya perlu menyertai program Android Beta, dan ia akan dimuat-turun ke peranti anda. Google mengatakan bakal memperluaskan penawaran ke peranti lain sekitar bulan November kelak.


TIPS & ULASAN