LINE Bakal Hadir Dengan Penawaran Seumpama Slack Tersendiri

LINE Bakal Hadir Dengan Penawaran Seumpama Slack Tersendiri

Diterbitkan pada Okt 20, 2016 oleh .

Perkhidmatan kolaborasi dan kerjasama dalam perusahaan telah mula menerima perhatian ramai akhir-akhir ini, apatah lagi dengan populariti perisian seperti Slack. Microsoft turut sedang melihat kepada arena serupa melalui Skype Team, selain Facebook yang telah melancarkan perkhidmatan Facebook Workplace mereka baru-baru ini.

LINE Sticker

Terkini, ia dilaporkan, perkhidmatan permesejan popular, iaitu LINE turut sama akan hadir dengan penawaran mereka tersendiri tidak ama lagi. LINE dilihat akan lebih memfokuskan penawaran mereka untuk pasaran Jepun – berbeza dengan penawaran perkhidmatan lain yang memfokuskan pasaran global dan barat.

Apakah fungsi khusus yang akan dibawakan masih menjadi tanda tanya. Jikalau mengikut penawaran perkhidmatan lain seumpamanya, ia membolehkan ahli pasukan berkolaborasi dan berkomunikasi dengan mudah – termasuk untuk menghantar fail, mahupun membuat mesyuarat secara maya.

Berkemungkinan kita akan mendengar lebih lanjut mengenai penawaran tersendiri daripada LINE dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN