Google Pixel Dan Pixel XL Akan Menerima Kemas Kini Perisian Sehingga Dua Tahun

Google Pixel Dan Pixel XL Akan Menerima Kemas Kini Perisian Sehingga Dua Tahun

Diterbitkan pada Okt 20, 2016 oleh .

Kemas kini peranti ialah isu yang hangat bagi pengguna platform Android. Setiap kali versi terkini Android dihasilkan ramai tertunggu-tunggu pengumuman rasmi dari pengeluar untuk melihat sama ada peranti mereka akan disokong secara rasmi. Bagi pengguna Pixel dan Pixel XL, Google mengesahkan akan memberikan kemas kini perisian sehingga dua tahun. Kemas kini untuk kerentanan pula akan diberikan sehingga tiga tahun.

pixel-android-support-1

Polisi sokongan kemas kini Pixel ini adalah sama seperti yang diberikan kepada peranti Nexus sebelum ini. Secara purata kemas kini terkini akan diberikan dalam masa dua minggu selepas ia diumumkan. Pada peranti bukan Nexus dan Pixel penantian adalah amat lama dan tidak semestinya melebihi dua tahun selepas peranti dilancarkan. Ini berbeza dengan Apple yang memberikan sokongan kemas kini perisian (walaupun terhad) kepada peranti sehingga empat tahun.


TIPS & ULASAN