Uber Kini Mempunyai Lebih Kurang 40 Juta Pelanggan Aktif Setiap Bulan

Uber Kini Mempunyai Lebih Kurang 40 Juta Pelanggan Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan pada Okt 20, 2016 oleh .

Uber sejak ia dilancarkan telah mencetuskan kontroversi, dan tidak disukai oleh kebanyakkan pemandu teksi. Namun, sebaliknya, untuk pengguna umum, mereka lebih meminatinya kerana harga yang lebih rendah dan keselesaan yang ditawarkan.

Terkini, Travis Kalanick, CEO Uber mengatakan perkhidmatan berkenaan mempunyai lebih kurang 40 juta pelanggan aktif setiap bulan. Secara kasar, pada bulan lepas sahaja, Uber mengatakan pemandu mereka telah menjana antara $1.5 bilion ke $2 bilion.

Angka ini boleh dikatakan agak besar, dan selari dengan nilai syarikat Uber sendiri yang mencecah beberapa puluh bilion.

Bergerak kehadapan, Uber dilihat telah memulakan ujian untuk kenderaan automatik mereka dibeberapa kawasan – sekaligus memperlihatkan pada masa akan datang mereka tidak lagi akan memerlukan pemandu, dan pelbagai wang yang dijana boleh disalurkan terus ke syarikat.


TIPS & ULASAN