Samsung Gear S3 Akan Mula Dijual Bermula November Ini

Samsung Gear S3 Akan Mula Dijual Bermula November Ini

Diterbitkan pada Okt 20, 2016 oleh .

Jam tangan pintar Samsung Gear S3 diperlihatkan kepada umum pada acara IFA September lalu. Ia akhirnya akan mula dijual pada bulan hadapan. Buat masa ia hanya akan dijual di Amerika Syarikat, Eropah pada harga jualan sekitar $360.Terdapat dua model dihasilkan iaitu Gear S3 Frontier dan S3 Classic.

Samsung Gear S3

Versi Frontier kelihatan lebih bergaya kerana menyerupai rekaan jam analog mewah di pasaran. S3 Classic pula mempunyai rekaan lebih santai. Kedua-duanya dilengkapi skrin 1.3-inci Super AMOLED pada resolusi 360×360, cip pemprosesan dwi-teras 1.0GHz, memori 768MB RAM dan ruangan storan 4GB. Rekaan skrin bulat dengan roda berputar dari Gear S2 dikekalkan. Bagi pengguna di Malaysia penjualan Gear S3 mungkin akan hadir tidak lama selepas pelancaran di dua pasaran ini.


TIPS & ULASAN