Asus Zenfone 3 Deluxe Kini Mula Dijual Di Malaysia – Hadir Dengan Snapdragon 821 Dan 6GB RAM

Asus Zenfone 3 Deluxe Kini Mula Dijual Di Malaysia – Hadir Dengan Snapdragon 821 Dan 6GB RAM

Diterbitkan pada Okt 20, 2016 oleh .

Asus Malaysia telah mengumumkan pada bulan Ogos 2016 yang lepas, dimana mereka bakal menawarkan telefon pintar Asus Zenfone 3 Deluxe untuk pasaran tempatan. Selepas beberapa bulan, kini akhirnya ia telah mula dijual di Malaysia.

Asus Zenfone 3 Deluxe

Asus Zenfone 3 Deluxe

Asus Zenfone 3 Deluxe hadir dalam dua variasi untuk pasaran Malaysia yang membezakan sedikit dari segi spesifikasi dalaman dan ruangan storan. Model versi asas untuknya adalah hadir dengan skrin 5.7-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 820, 6GB RAM, kamera belakang 23-megapixel, serta dilengkapi USB-C dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Model ini berharga RM2599.

Untuk anda yang inginkan storan bersaiz lebih besar dengan Snapdragon 821, pihak Asus turut menyediakan variasi peranti Zenfone 3 Deluxe dengan 256GB yang dijual pada harga RM3299.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan melalui Asus Store, dan ia akan mula dihantar bermula 24 Oktober 2016 kelak. Untuk model Snapdragon 821 pula, ia hanya dijual melalui kedai fizikal sahaja – bersama-sama dengan model Snapdragon 820 sekiranya anda ingin membeli di kedai fizikal.


TIPS & ULASAN