Cari @ Amanz

Kamera Leica terkenal kerana digunakan oleh jurugambar terkemuka dunia. Jenama ini kini sudah mula mengembangkan sayap ke dalam arena peranti mudah alih dengan bekerjasama dengan Huawei. Mereka hari ini melancarkan model terbaru Leica Q Titanium Gray. Kamera digital ini dilengkapi sensor 24-Megapixel bingkai penuh yang dipadankan dengan lensa Leica-Summilux 28 mm f/1.7 ASPH.

leica-q-titanium-gray-2

Perbezaan di antara model Titanium Gray dengan Leica Q yang lain terletak pada warna baru dan kemasan pada ukiran tubuh kamera. Ia mampu merakam video pada resolusi 1080P dengan tetapan 30 ataupun 60 FPS di dalam format MP4.  Akhir sekali kamera boleh dikawal menggunakan aplikasi peranti pintar. Leica Q Titanium Grey akan dijual pada pertengahan November pada harga RM 20100 sebuah.

leica-q-titanium-grey-2

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd