Kaunter Pulangan Semula Samsung Galaxy Note 7 Kini Dibuka Di KLIA Dan KLIA 2

Kaunter Pulangan Semula Samsung Galaxy Note 7 Kini Dibuka Di KLIA Dan KLIA 2

Diterbitkan pada Okt 20, 2016 oleh .

Kepada pemilik Samsung Galaxy Note 7 yang risau dihalang memasuki pesawat ada berita baik untuk anda. Samsung Malaysia sudah membuka dua kaunter khas untuk pemulangan semula peranti ini di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA 2.

samsung-note-7-klia-kaunter-1

Kaunter ini terletak bersebelahan kaunter Emirates di tingkat 5 bangunan terminal utama KLIA. Di KLIA2 pula ia terletak bersebelahan tangga automatik tingkat 3A, bangunan terminal utama. Dua kaunter ini ditandakan dengan logo Samsung bagi memudahkan ia dilihat oleh penumpang. Pemilik Note 7 diberikan dua pilihan iaitu menerima pulangan wang semula ataupun bertukar dengan peranti gantian.  Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungan talian perkhidmatan pelanggan Samsung di 1800-88-9999.


TIPS & ULASAN