Nintendo Switch – Konsol Dua-Dalam-Satu Daripada Nintendo

Nintendo Switch – Konsol Dua-Dalam-Satu Daripada Nintendo

Diterbitkan pada Okt 20, 2016 oleh .

Setelah sekian lama para peminat Nintendo menantikan Nintendo NX generasi baru, hari ini pihak Nintendo akhirnya berkongsi mengenai konsol generasi baru mereka yang dinamakan sebagai Switch.

Nintendo Switch

Nintendo Switch ini membawakan penggunaan hibrid, dimana pengguna boleh menghubungkan ia kepada televisyen ataupun turut memainkannya dengan membawa ia ke mana-mana dengan mudah. Menariknya, perubahan medium ini turut boleh dilakukan ketika pemain sedang bermain sesuatu permainan tanpa perlu menghentikan permainan berkenaan.

nintnedo-switch

Nintendo Switch

Nintendo Switch

Nintendo Switch

Peranti yang boleh dibawa kemana-mana ini adalah sebuah tablet bersaiz 7-inci yang boleh dihubungkan dengan alat kawalan yang dinamakan Nintendo sebagai Joy-Con. Ia boleh dihubungkan ke tablet, ataupun turut digunakan sebagai alat-kawalan permainan untuk mengawal permainan ketika dimainkan di televisyen. Pemain juga dilihat boleh berkongsi alat-kawalan kepada dua pemain dan memainkan permainan berbentuk multi-player dengan rakan-rakan lain.

Nintendo Switch

Untuk memainkannya di kaca televisyen, tablet yang dinamakan sebagai Switch Console perlu dihubungkan ke Switch Dock. Seterusnya pemain boleh menggunakan permainan dalam bentuk katrij ataupun turut berkemungkinan membolehkan para pengguna memuat-turun permainan secara digital.

Nintendo menyasarkan untuk melancarkan konsol generasi baru mereka ini seawal Mac 2017 kelak.


TIPS & ULASAN