Razer Blade Pro 17-inci Kini Hadir Dengan Sokongan Papan Kekunci Mekanikal

Razer Blade Pro 17-inci Kini Hadir Dengan Sokongan Papan Kekunci Mekanikal

Diterbitkan pada Okt 21, 2016 oleh .

Razer hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk komputer riba Razer Blade Pro mereka, dimana melaluinya salah satu perubahan baru yang disertakan adalah sokongan papan kekunci mekanikal.

Melalui video pengenalan produk, Razer menggunakan slogan “desktop dalam komputer riba” – memberikan petanda kepada penawaran spesifikasi tinggi dan penggunaan seumpama desktop, tetapi dalam bentuk komputer riba.

Razer Blade Pro

Razer Blade Pro ini hadir dengan cip Intel Core i7-6700HQ 2.6GHz dan dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080. Melengkapkan ia juga adalah memori sehingga 32GB RAM, dan ruangan storan sehingga 2TB. Komputer riba ini menyertakan port USB-C, selain menyertakan sokongan Thunderbolt 3.

Melengkapkan komputer riba ini adalah skrin 17.3-inci yang hadir dengan paparan 4K (3840×2160 pixel), serta dilengkapi sokongan NVIDIA G-SYNC untuk pengalaman permainan yang baik.

Razer Blade Pro

Menjadi fokus utama juga adalah sokongan papan kekunci mekanikal pada komputer riba ini – lebih kurang sama seperti penawaran Razer untuk iPad Pro sebelum ini. Penawaran ini semestinya diminati ramai peminat permainan yang gemarkan papan kekunci mekanikal berbanding kebiasaan pada komputer riba.

Razer Blade Pro ini akan mula dipasarkan bermula bulan November 2016 kelak.


TIPS & ULASAN