Cari @ Amanz

Berita baik bagi mereka yang mahu memainkan permainan koboi Red Dead Redemption pada PC dan PlayStation 4. Ia kini boleh dimainkan pada platform pilihan anda. Berita buruknya pula ialah ini bukan versi HD buatan semula tetapi hanya Rockstar menawarkannya menerusi PlayStation Now. Sehingga kini perkhidmatan penstriman Sony ini masih belum ditawarkan di Malaysia.

red-dead-redemption-1Kami amat berharap Rockstar akan menghasilkan edisi HD untuk RDR kerana ianya pada hemat kami permainan terbaik yang pernah dihasilkan oleh mereka. Jalan ceritanya lebih menyentuh jiwa berbanding siri GTA. Kepada yang masih belum pernah memainkannya ia terlepas permainan dunia terbuka yang amat epik.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd