Spesifikasi Penuh Xiaomi Mi Note 2 Tertiris – Snapdragon 821 Dan Dwi-Kamera

Spesifikasi Penuh Xiaomi Mi Note 2 Tertiris – Snapdragon 821 Dan Dwi-Kamera

Diterbitkan pada Okt 21, 2016 oleh .

Xiaomi Mi Note 2 akan dilancarkan dalam masa bebrapa hari sahaja lagi tetapi rahsia mengenai spesifikasinya tertiris. Dari apa yang tertiris, Mi Note 2 ialah sebuah peranti yang amat mengujakan. Ia dilengkapi skrin 5.7″ QHD SAMOLED keluaran LG, pemproses Snapdragon 821, RAM 4/6 Gigabyte dan storan 64/128 Gigabte.

xiaomi-mi-note-2Sistem dwi-kamera digunakan dengan sensor 21+12 -Megapixel. Sensor Sony IMX 378 dan IMX 318 digunakan pada sistem kamera berkembar ini. Kamer selfie pula dilengkapi sensor sebesar 8-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 4100 mAh turut digunakan sebagai sumber tenaga dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Mi Note 2 juga dipercayai mempunyai skrin 3D Touch seperti iPhone 6S dan 7. Harga jualan pula ialah RMB 2799 (~RM 1739) bagi model 4GB/64GB dan RMB 2999 (~RM 1863) untuk model 6GB/218 GB. Harga yang amat menarik bagi sebuah peranti dengan spesifikasi yang tinggi.


TIPS & ULASAN