Janakuasa Elektrik Hibrid Kincir Angin-Hidro Dibina Di Jerman

Janakuasa Elektrik Hibrid Kincir Angin-Hidro Dibina Di Jerman

Diterbitkan pada Okt 21, 2016 oleh .

Penghasilan kuasa elektrik yang lebih lestari dan mesra alam sedang dibangunkan dengan pesat. Pergantungan manusia kepada bahan api fosil hanya akan memusnahkan alam sekitar dan menggelapkan masa depan generasi seterusnya. Di negara-negara maju penggunaan janakuasa kincir udara semakin maju dan berjaya menggantikan stesen janakuasa nuklear. Jerman ialah antara negara yang menghentikan penggunaan stesen nuklear selepas tragedi Fukushima.

kincir-hidro-jerman-janakuasa-2Kini mereka melangkah setapak ke hadapan dengan pembinaan stesen janakuasa hibrid yang menggabungkan janakuasa kincir udara dan stesen hidroelektrik. Teknologi ini dibangunkan oleh Max Bögl Wind AG dan GE Renewable Energy. Menara kincir udara setinggi 178 meter rekaan mereka mempunyai tangki yang menampung 1.6 Juta liter air. Apabila tiada angin untuk memutarkan kipas, air dari takungan akan dilepaskan dan menggerakkan turbin hidro yang terletak di lokasi berbeza. Pada waktu malam apabila keperluan tenaga elektrik menurun, air akan dipam semula ke dalam tangki air kincir udara.

Stesen kipas-hidro ini akan beroperasi seawal 2018. Janakuasa kincir udara dapat menghasilkan 13.6 megawatt tenaga manakala stesen hidro pula menghasilkan 16 megawatt tenaga. Dengan teknologi baru ini Jerman semakin hampir kepada sasaran menghasilkan 45% keperluan tenaga dari sumber lestari menjelang 2030.


TIPS & ULASAN