Belanjawan 2017 – Kerajaan Mengalakkan Penyertaan Sebagai Pemandu Uber Dan Grab

Belanjawan 2017 – Kerajaan Mengalakkan Penyertaan Sebagai Pemandu Uber Dan Grab

Diterbitkan pada Okt 21, 2016 oleh .

Dalam usaha untuk membolehkan mereka dalam golongan B40 (isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM3,860 sebulan) menjana pendapatan tambahan, hari ini Najib Razak mengalakkan lagi penyertaan sebagai pemandu Uber dan Grab, sekaligus menjana pendapatan tambahan.

Untuk proses ini, melalui Belanjawan 2017, bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan, kerajaan mengumumkan kebolehan membuat pembayaran pendahuluan untuk kenderaan melalui BR1M, selain rebat sehingga RM4,000 untuk pembelian Proton Iriz.

Kerajaan turut mengatakan yang mana pendapatan tambahan boleh mencecah sehingga RM1,500 sebulan sekiranya memandu antara 10-40 jam seminggu, ataupun sehingga RM4,300 sebulan sekiranya memandu melebihi 40 jam seminggu.

Selain untuk pemandu Uber dan Grab (atau perkhidmatan ride-sharing secara menyeluruh), pihak kerajaan turut mengumumkan beberapa inisiatif untuk pemandu Teksi – termasuk penawaran geran untuk membeli teksi dan juga lesen individu.


TIPS & ULASAN