Dengan arena digital yang semakin berkembang pesat, semestinya kerajaan inginkan para penjawat awam turut tidak ketinggalan. Bersempena dengan Belanjawan 2017, Perdana Menteri Malaysia turut telah mengumumkan kemudahan pembiayaan untuk membeli komputer dan telefon pintar sehingga RM5,000.
Dengan penawaran ini, para penjawat awam boleh membuat pinjaman sehingga RM5,000 untuk membuat pembelian sama ada komputer atau telefon pintar. Had pinjaman ini adalah untuk tempoh setiap 3 tahun.
Sebelum ini, kemudahan pembiayaan ini sedia ditawarkan tetapi hanya meliputi pembelian komputer sahaja. Tetapi, bermula Belanjawan 2017 ini, ia turut meliputi pembelian telefon pintar.