Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat lebih daripada 21 kategori pelepasan cukai untuk individu, dan melalui Belanjawan 2017, sedikit kemaskini diumumkan. Menurut Najib Razak, kini pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan turut digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.

Bajet 2017

Perkara ini turut diperluaskan untuk meliputi pembelian telefon pintar, tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium – selain turut meliputi pembelian akhbar-akhbar arus perdana.

Melalui penawaran ini, pelepasan cukai diberikan sehingga RM2,500 setiap tahun, dan akan berkuat-kuasa bermula tahun taksiran 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd