Cari @ Amanz

LG G5 merupakan telefon pintar pertama daripada LG yang hadir dengan sokongan modul tambahan yang boleh menambah beberapa ciri pada telefon pintar berkenaan. LG menjual beberapa modul tambahan seperti speaker, kamera, dan sebagainya untuk LG G5, namun ia dilihat agak kurang mendapat sambutan ramai.

Kini, desas-desus baru hadir mengatakan LG mungkin tidak akan menyertakan sokongan modular pada LG G6 atau telefon pintar generasi baru mereka kelak.

LG G5

Namun, pada masa yang sama, laporan sama mengatakan masih terdapat perbincangan di dalam LG yang mana meninggalkan konsep modular ini mungkin akan menjadi kesilapan bagi mereka.

Buat masa ini, berita ini sekadar desas-desus sahaja dan masih tiada komen rasmi daripada pihak LG. LG sebelum ini telah memperkenalkan LG Friends dengan konsep supaya ia dapat digunakan pada telefon pintar generasi akan datang. Walaubagaimanapun, kami sendiri tidak pernah menjumpai lagi modular LG G5 ini dijual dipasaran tempatan sehingga kini – mungkin kerana ia agak sukar untuk diperolehi ataupun LG sendiri tidak begitu memfokuskan pasaran tempatan.

Selain daripada LG, baru-baru ini Lenovo turut telah memperkenalkan aksesori modular untuk peranti Motorola mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd