Huawei bakal memperkenalkan telefon pintar Huawei Mate 9 secara rasmi pada 3 November 2016. Tetapi seperti biasa, beberapa info awal berkenaan dengannya telah pun tertiris, dan kini gambar baru hadir memperlihatkan dengan lebih dekat rekaan peranti berkenaan.
Gambar terbaru ini sekali lagi mengesahkan penyertaan dwi-kamera pada bahagian belakang dengan penjenamaan Leica. Berbeza dengan susunan bersebelahan pada Huawei P9, kini pada Mate 9 ia disusun atas-dan-bawah. Seperti pada Huawei P9, ia juga dijangka menawarkan sokongan rakaman hitam-putih, selain rakaman warna yang lebih baik berbanding kamera lain.
Mate 9 dijangka menyertakan skrin 5.9-inci dengan paparan HD penuh atau QHD, cip Kirin 960, memori sehingga 6GB RAM dan ruangan storan sehingga 256GB.
Sebelum ini, ia turut dilihat Huawei akan memperkenalkan Mate 9 dengan skrin melengkung pada bahagian kiri dan kanan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Huawei pada 3 November 2016 ini.