Microsoft Pernah Ingin Membeli Facebook Pada 2010 Dengan Nilai RM100 Bilion

Microsoft Pernah Ingin Membeli Facebook Pada 2010 Dengan Nilai RM100 Bilion

Diterbitkan pada Okt 23, 2016 oleh .

Microsoft baru-baru ini telah membeli LinkedIn pada harga mencapai RM106.9 bilion. Dengan nilai perbelanjaan yang tinggi oleh Microsoft, mungkin ramai yang bertanyakan mengapa Microsoft tidak mengambil-alih Facebook.

Berkongsi mengenainya, Steve Ballmer (bekas CEO Microsoft) mengatakan Microsoft pada tahun 2010 pernah cuba mengambil-alih Facebook. Ketika itu, Steve Ballmer menawarkan sebanyak $24 bilion (~RM100 bilion) untuk mengambil-alih Facebook.

Walaubagaimanapun, ia ditolak oleh Mark Zuckerberg ketika itu. Lanjutan daripadanya, kini Facebook telah berkembang pesat, dan bernilai sekitar $374 bilion (~RM1565 bilion) pada hari ini.

Bercakap pada temuramah sama, Steve Ballmer mengatakan mereka tidak pernah merancang untuk mengambil-alih Twitter.


TIPS & ULASAN