Sebelum ini, kita telah mendengar mengenai perancangan Huawei untuk memperkenalkan telefon pintar dengan skrin tepi melengkung lebih kurang seperti peranti keluarga “Edge” daripada Samsung Galaxy. Lanjutan daripadanya, kini desas-desus baru hadir mengatakan Huawei bakal memanggilnya sebagai Huawei Mate 9 Pro.
Huawei Mate 9 Pro ini dijangka menawarkan spesifikasi lebih kurang sama seperti versi biasa, dimana dilengkapi skrin bersaiz 5.9-inci, cip Kirin 960, memori 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 256GB. Berbeza dengan model biasa, Huawei Mate 9 Pro dijangka akan menawarkan resolusi QHD 2560×1440 pixel yang bakal turut menawarkan pengalaman realiti-maya Daydream.
Untuk sokongan kamera, Huawei akan mengekalkan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang dengan penjenamaan Leica.
Huawei bakal memperkenalkan telefon pintar baru mereka pada 3 November 2016 ini.